Tan Sri Dr Lim Wee Chai merupakan seorang usahawan dan dermawan terkemuka serta dikenali sebagai seorang pemimpin berwawasan tinggi. Beliau juga amat berdedikasi dan peka terhadap kebajikan sosial masyarakat. Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilahirkan pada tahun 1958 di Titi, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua dari enam beradik.Pada usia muda beliau melibatkan diri didalam perniagaan getah milik ibubapanya Lim Thien Soong dan Ng Yit Fong, yang mana telah mencetuskan minatnya terhadap industri getah. Pada tahun 1984, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Tong Siew Bee, rakan persekolahannya di Titi.
Tan Sri Dr Lim mendapat pendidikan awalnya di Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di Kuala Lumpur. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Fizik dengan kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1982. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Pemasaran di OYL Industries Sdn Bhd pada tahun 1982, di mana beliau memupuk minat dan berpeluang mengasah kemahiran dalam bidang perniagaan.
Dengan semangat membara untuk menimba ilmu, beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Sul Ross State University pada tahun 1985. Pada tahun 2015, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan dari Universiti Selangor.Ini mencerminkan komitmen mendalam terhadap pembelajaran sepanjang hayat sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1991, beliau bersama Puan Sri Tong Siew Bee telah mengasaskan Top Glove, suatu perusahaan kecil terdiri dari hanya sebuah kilang dan satu ‘production line’ atau baris pengeluaran. Bermula dari tu, syarikat Top Glove berkembang pesat di bawah visi strategiknya sehingga menjadi pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia menjelang tahun 2004.
Top Glove disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2001 dan Singapore Exchange pada tahun 2016. Pencapaian ini menjadikan Top Glove Corporation Berhad sebagai sebuah syarikat yang disegani, hasil kepimpinan transformatif beliau. Menjelang tahun 2024, Top Glove mempunyai lebih 11,000 kakitangan di seluruh dunia. Kini, beliau dikenali sebagai salah seorang pemimpin perniagaan paling berwawasan dan cemerlang di Malaysia dan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan atas pencapaian yang membanggakan.
Hubungan erat Tan Sri Dr Lim dengan Universiti Malaya mencerminkan konsep membalas budi terhadap almamaternya. Pada Oktober 2023, beliau menyumbang RM2 juta kepada Fakulti Perubatan universiti tersebut untuk menubuhkan Muzium Perubatan Tan Sri Dr Lim Wee Chai. Muzium ini bertujuan untuk mempamerkan pendidikan anatomi manusia dalam mempertingkatkan pemahaman tentang fungsi tubuh manusia dan dibuka kepada masyarakat awam. Tan Sri Dr Lim Wee Chai sering berpandukan pembelajaran sepanjang hayat dan pernah berkata, “kita adalah doktor terbaik untuk diri sendiri kerana kita memahami tubuh kita dengan baik”.
Selain sumbangannya terhadap Universiti Malaya, Tan Sri Dr Lim sebelum ini meluaskan kegiatan amalnya melalui Yayasan Top Glove yang diasaskan pada tahun 2009. Yayasan ini menjadikan perkembangan komuniti, pendidikan, dan pemeliharaan alam sekitar sebagai usaha serta fokus aktiviti tahunan. Setakat tahun 2024, yayasan ini telah menyumbang lebih kurang RM33 juta, di mana RM17 juta ditumpukan kepada peningkatan pendidikan.
Tan Sri Dr Lim bergiat sebagai sukarelawan dan komisioner Yayasan Tzu Chi. Beliau amat komited dalam aktiviti Yayasan Tzu Chi yang mana pernah menyokong inisiatif bantuan bencana, bantuan perubatan, pendidikan, dan kelestarian alam sekitar. Keitka pandemik COVID-19 melanda dunia, Top Glove memainkan peranan penting dalam membekalkan sarung tangan dan peralatan perubatan bukan hanya di Malaysia malah di beberapa negara seluruh dunia, sekaligus mencerminkan pendiriannya terhadap kesihatan global dan prinsip “melakukan yang terbaik demi kebaikan”.
Komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan turut merangkumi budaya syarikatnya. Pada tahun 2017, beliau menubuhkan Pusat Perubatan dan Penjagaan Gigi Top Glove Global Doctors yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja dan masyarakat umum.
Kejayaan Tan Sri Dr Lim berakar-umbikan disiplin, daya usaha tinggi, disamping sokongan murni dan kasih sayang keluarga. Beliau bersama isterinya, Puan Sri Tong Siew Bee, mempunyai dua orang anak iaitu anak sulung serta anak lelaki tunggal, Lim Jin Feng dan anak perempuan tunggal, Lim Ping Jun, serta dua orang cucu.
Tan Sri Dr Lim Wee Chai percaya bahawa kejayaan yang dicapainya lebih bermakna hanya jika dapat membawa impak positif terhadap masyarakat awam, samada melalui sumbangan yang dihulurkan mahupun khidmat masyarakat serta pelbagai lagi. Perjalanan hidup beliau yang luar biasa, di mana asalnya budak kampung sehingga berjaya memimpin syarikat global, menjadikan Tan Sri Dr Lim sebagai suatu inspirasi generasi akan datang, mahupun generasi usahawan ataupun dermawan sekaligus dapat membuktikan bahawa kejayaan paling berharga adalah apabila ia dapat dikongsi dengan orang lain.
Ditulis oleh: Firoz Abdul Hamid
Tan Sri Dr Lim Wee Chai merupakan seorang usahawan dan dermawan terkemuka serta dikenali sebagai seorang pemimpin berwawasan tinggi. Beliau juga amat berdedikasi dan peka terhadap kebajikan sosial masyarakat. Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilahirkan pada tahun 1958 di Titi, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua dari enam beradik.Pada usia muda beliau melibatkan diri didalam perniagaan getah milik ibubapanya Lim Thien Soong dan Ng Yit Fong,yang mana telah mencetuskan minatnya terhadap industri getah. Pada tahun 1984, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Tong Siew Bee, rakan persekolahannya di Titi.